Mengapa? Mengapa semua ini datang menimpa diriku. Mengapakah aku diuji sedemikian? Aku cuma inginkan kebahagian, seperti insan-insan lain. Menikmati hidup ini dengan kegembiraan. Mengapakah harus aku yang menerima semua ini, berikanlah aku jawapan.? Apakah yang patut aku lakukan, aku lemas dalam masa. Aku Terpaksa menerima pahitnya, menanti manisnya kehidupan ini. Berikanlah aku kegembiraan seperti mereka.
Tuchum Kenyalang
|Ku Tulis Apa Ku Suka|Menulis Kerana Ku Suka|Aku Tak Kisah Apa Orang Kata|Hidup Ini Aku Yang Punya|
Monday, February 21, 2011
Wednesday, February 16, 2011
Kata hati cinta jauh
Sayang.. Andai mampu ku putarkan bumi ini akan aku putarkan waktu juga.. Andai mampu aku ubah jalan kehidupan akan aku ubah segalanya yang mana penawarnya ada di setiap kedukaan.. namun sayang mampukah kita mengubah takdir yang sudah tersurat untuk kita sayang.. Aku mahu dirimu sayang dalam setiap saat kehidupan ku ini sayang..
F.U.C.K
Sekali tengok pada tajuknya, pasti pembaca semua berfikir. Topik yang akan saya bawa kali ini adalah kotor berkaitan dengan seks. Yang hanya dibaca oleh golongan dewasa ataupun topik 18SX, tidak sesuai untuk sesetengah lapisan masyarakat. Tapi anda silap, topik saya kali ini bukan berkaitan dengan seks, bukan 18SX, dan bukan untuk orang dewasa sahaja. Ini kerana, ketika penulis melayari laman sosial Facebook. Penulis tertarik dengan satu halaman yang menggunakan nama F.U.C.K. Jika dilihat sahaja dari namanya pasti kita menganggap ia sesuatu yang tidak boleh dibincang secara umun oleh masyarakat kita. Yang terkenal dengan adab-adab ketimuran. Tapi anda semua silap, F.U.C.K bagi golongan ini mempunyai pengertian dan makna yang tersendiri.

Facebook senjata berbahaya. Benarkah?
Ketika leka melayari internet, mengikut perkembang berita semasa secara online. Saya tertarik dengan sebuah artikel yang mengatakan laman sosial paling popular di dunia Facebook sebagai senjata yang paling berbahaya. Seperti yang kita sedia maklum, Facebook merupakan laman komunikasi masa kini yang digemari segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia, dengan pengguna bedaftar kira-kira 600 million. Mengikut ranking Alexa.com, Facebook menduduki tangga kedua, iaitu selepas Google .com. Mungkin juga benar apa yang cuba disampaikan oleh pengarang, kerana pengguna Facebook terdiri daripada pelabagai latar belakang dan sosial.
Subscribe to:
Posts (Atom)