Mengapa? Mengapa semua ini datang menimpa diriku. Mengapakah aku diuji sedemikian? Aku cuma inginkan kebahagian, seperti insan-insan lain. Menikmati hidup ini dengan kegembiraan. Mengapakah harus aku yang menerima semua ini, berikanlah aku jawapan.? Apakah yang patut aku lakukan, aku lemas dalam masa. Aku Terpaksa menerima pahitnya, menanti manisnya kehidupan ini. Berikanlah aku kegembiraan seperti mereka.
KepadaMu yang Maha Esa jauhkan segala cubaan yang melemahkan diriku ini. Tiupkan semangat agar aku kuat dalam menghadapi segalanya. Berikan aku jalan penyelesaian, untuk aku lalui. Aku mohon. Kerana hanya dengan Mu aku memohon, dan meminta. Aku amat memerlukan KasihMu ketika ini, dalam menguatkan iman ku untukMu. Amen
0 Komen anda:
Post a Comment